Al-Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid adakan lawatan kerja ke Raudhah College, Malakat Mall dan Brainy Bunch

0
173
Pendakwah terkenal yang juga merupakan Pengerusi Yayasan Ar-Ri’ayah, Al-Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid.

CYBERJAYA- Kumpulan Malakat semalam menerima kunjungan daripada pendakwah terkenal yang juga merupakan Pengerusi Yayasan Ar-Ri’ayah, Al-Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid.

Lawatan kerja pendakwah terkenal tersebut bermula dengan beliau melawat operasi Raudah College dan juga  Malakat Mall Cyberjaya sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Kompleks Brainy Bunch.

Menurut Pengasas Kumpulan Malakat, Mohd. Fadzil Hashim, lawatan kerja Al-Habib Ali Zaenal Abidin itu berkisar kepada kerjasama pendakwah terkenal itu dengan Raudhah College Cyberjaya.

Mohd. Fadzil Hashim

“Al-Habib Ali Zaenal Abidin secara dasarnya hari ini datang untuk melihat operasi Raudhah College kerana ada kerjsama yang ingin dijalinkan. Beliau berhasrat untuk menawarkan beberapa program khusus.

“Sebelum ini, beliau sudah bangunkan lama, tetapi tiada platform. Sekarang, Alhamdulillah nampak jalan untuk kerjasama dengan pasukan kami dan beliau pun nampak gembira dengan lawatan kali ini.

“Kalau ikutkan perancangan mungkin ambil tempoh dalam enam bulan lagi untuk kita jalankan kursus dalam bidang Pengajian Islam. Raudhah College akan ‘setup’ bahagian Pengajian Islam fokus pengajian jangka pendek dan diploma.

“Sebelum ini, Al-Habib Ali Zaenal Abidin ada dengar tentang kita dan hari ini beliau dapat lihat sendiri dan ternyata beliau teruja dengan perkembangan usaha Malakat Mall dan Brainy Bunch,” katanya.

Menurut Mohd. Fadzil, Al-Habib Ali Zaenal Abidin juga telah menyatakan hasrat untuk membantu dan menyokong usaha Kumpulan Malakat namun, ia khusu dalam bidang yang beliau arif iaitu Pengajian Islam.

Malakat Mall

Dalam pada itu, Al-Habib Ali Zaenal Abidin ketika ditemui semasa lawatan berkenaan berkata, kedatangan beliau adalah untuk ziarah dan melihat operasi Raudhah Colleger serta berjumpa dengan pemiliknya, Mohd. Fadzil.

“Alhamdulillah, mendapat layanan yang amat baik dan saya mendapat info keseluruhan tentang Raudhah College. Kami tengok usaha yang baik sedang diusahakan ‘team’ ini untuk jadi Muslim yang produktif.

“Kemahiran yang diberikan Allah digunakan sebaik mungkin untuk memajukan Muslim dan bersaing secara sihat dan member manfaat kepada orang Islam, sebaik-baik orang adalah yang memberi manfaat kepada orang lain,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here