Anggota polis bergurau hingga tertembak rakan diberkas

0
1144
Norhalim Tumiran, 24, dilaporkan maut setelah disyaki terkena tembakan di sebelah kanan kepala

SIBU – Polis menahan seorang anggotanya selepas disyaki tertembak rakan sekerjanya sehingga maut di sebuah rumah di Lorong Permai Timur 9A di sini semalam.Pesuruhjaya Polis Negeri Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, suspek yang berusia 28 tahun itu akan direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan.

“Manakala, pihak patologi dari Kuching akan dihantar ke Sibu untuk melakukan bedah siasat sama ada hari ini atau esok sebelum jenazah dihantar pulang ke Pahang,” katanya memetik laporan Kosmo! hari ini.

Mangsa, Norhalim Tumiran, 24, dilaporkan maut setelah disyaki terkena tembakan di sebelah kanan kepala dalam kejadian sekitar pukul 7.20 malam itu.

Ketika kejadian, suspek difahamkan sedang bergurau dengan mengacukan pistol sebelum tertekan picu dan melepaskan tembakan ke arah si mati yang sedang bermain permainan video di ruang tamu rumah.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here