Anggota polis ditemui maut dengan kesan tembakan di kepala

0
365
Polis mengangkat mayat mangsa yang ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala di rumah sewa rakannya

SIBU – Seorang anggota polis berpangkat konstabel ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala di rumah sewa rakannya di Lorong 9, Permai, semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, anggota yang dikenali sebagai Norhalim Tumiran, 25, bertugas di Unit Ronda Bermotorsikal (URB) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu.

“Kami dimaklumkan seorang anggota polis ditemui mati dengan kesan tembakan di bahagian atas telinga kanan (kepala) dan masih terduduk di atas sofa dalam rumah,” katanya memetik laporan Utusan Borneo hari ini.

Menurutnya lagi, tempat kejadian merupakan rumah sewa lima rakannya, manakala dia tinggal di rumah transit di IPD Sibu.

Katanya, anggota itu yang berasal dari Pahang baharu sahaja bertugas di daerah itu lebih kurang satu bulan setengah.

“Sebelum kejadian, mangsa datang ke rumah sewa untuk bermain permainan komputer iaitu sebelum waktu berbuka puasa,” jelas Stanley lagi.

Konstabel berkenaan mempunyai isteri dan seorang anak berusia setahun.

Tambah beliau kes masih dalam siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here