Angka positif Covid-19 naik kepada 6,806 kes

0
49
Dr. Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Jumlah kes baharu positif Covid-19 yang direkodkan dalam tempoh 24 jam yang lalu terus meningkat dengan 6,806 kes lagi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tiga negeri yang merekodkan jumlah kes tertinggi adalah Selangor iaitu sebanyak 2,277, diikuti Kuala Lumpur (655) dan Johor (615).

Katanya, pertambahan 731 kes berbanding semalam itu menjadikan jumlah keseluruhan Covid-19 sehingga kini sebanyak 492,302 kes.

“Pertambahan kes yang berlaku di seluruh negara itu juga menyaksikan Sarawak mencatat sebanyak 608 kes, Kelantan (426), Kedah (417), Pulau Pinang (362), Perak (248), Terengganu (233).

“Negeri Sembilan merekodkan 291 kes, Sabah (245), Pahang (157), Melaka (212), WP Labuan (17), Putrajaya (35) dan Perlis (8),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Setakat semalam, negara merekodkan 46 kes kematian di seluruh negara dengan jumlah keseluruhan sebanyak 2,040 kes.

Sementara itu, beliau terus menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin Covid-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here