
NEW YORK – Buat kali ketiga dalam masa seminggu, Amerika Syarikat menghalang Majlis Keselamatan PBB mengeluarkan kenyataan bersama yang menyeru supaya pihak yang bertelagah di Palestin menghentikan konflik tersebut.
Menurut laporan Times of Israel, kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh China, Norway dan Tunisia itu turut mengecam tindakan kedua-dua belah pihak meneruskan konflik yaang membahayakan nyawa orang awam.
Kata laporan itu lagi, delegasi AS enggan memberikan sebarang komen ketika ditanya mengenai tindakan mereka itu.
Ketika sidang majlis, Duta AS ke PBB, Linda Thomas-Greenfield berkata, “AS sedang bertungkus-lumus untuk menamatkan konflik itu menerusi saluran diplomatik.”