AS luluskan vaksin Pfizer bagi kanak-kanak 12 tahun ke atas

0
41

NEW YORK – Amerika Syarikat (AS) hari ini meluluskan penggunaan vaksin Covid-19 keluaran Pfizer bagi digunakan ke atas kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas.

Menurut Reuters, kelulusan ini membuka ruang bagi menyediakan sistem persekolahan yang selamat daripada penularan pandemik itu.

Presiden AS, Joe Biden turut menyambut baik kelulusan ini dan menyifatkannya sebagai “satu langkah baik dalam melawan Covid-19.”

“Jika anda ibubapa yang mahu melindungi anak anda, atau and seorang remaja yang mahu divaksin, keputusan hari ini merupakan satu langkah terhadap tujuan itu,” kata Biden dalam satu kenyataan.

Difahamkan, pemberian vaksin kepada golongan umur berkenaan akan dimulakan seawal Khamis ini.

Kebanyakan kanak-kanak yang dikesan positif Covid-19 secara umumnya hanya menunjukkan simptom yang tidak merbahaya, ataupun langsung tidak menunjukkan sebarang simptom.

Walau bagaimanapun, mereka masih berpotensi sebagai penyebar secara senyap.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here