Asnaf miskin terkesan dengan wabak dapat bantuan makanan daripada Zakat Selangor

0
81
Abdul Basith (tiga dari kiri) menyampaikan bekalan makanan kepada salah seorang penerima

PUCHONG – Sebanyak 309 asnaf miskin di Taman Putra Perdana di sini menerima bantuan berupa barangan dapur daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi keperluan sepanjang bulan Ramadan dan Aidilfitri yang bakal disambut oleh umat Islam tidak lama lagi.

Menurut Pengurus Besar Divisyen Operasi Agihan LZS, Abdul Basith Hamid, sumbangan barangan tersebut yang dibuat menerusi program Dapur Ramadan Asnaf Selangor 2021 (DRAS) bertujuan memastikan setiap asnaf mempunyai makanan yang mencukupi ketika berbuka dan bersahur dalam bulan Ramadan dan ketika menyambut hari raya tidak lama lagi.

“Program ini merupakan salah satu inisiatif kita ketika berada dalam suasama pandemik Covid-19.

“Dan program seumpama ini hanya boleh dijayakan menerusi sumbangan pengeluar zakat melalui LZS,” katanya kepada Malakat Tribune dalam program agihan tersebut di Malakat Grocer Taman Putra Perdana di sini semalam.

Abdul Basith berkata, secara keseluruhan terdapat kira-kira 8,000 asnaf miskin di seluruh Selangor yang mendapat bantuan daripada LZS.

Abdul Basith

Beliau berkata, sejak pandemik Covid-19 melanda negara, jumlah asnaf yang direkodkan semakin meningkat yang mana kebanyakannya terdiri daripada pekerja sektor perkhidmatan seperti pelancongan, perhotelan dan lain-lain.

COO Malakat Mall, Abdul Salam Zulkarnain membantu seorang asnaf memasukkan barangan ke dalam troli

Sementara itu, Nazir Masjid Taman Putra Perdana, Mohd Thalji Ahmad Bakery, mengucapkan terima kasih kepada LZS di atas inisiatif yang disalurkan kepada asnaf miskin di kawasan tersebut.

Pada masa sama, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Malakat Grocer yang bekerjasama dalam program itu.

“Kita juga berterima kasih dengan Malakat yang sudi bekerjasama dengan pihak masjid bagi memudahkan mereka mendapatkan bekalan makanan di sini.

Nazir Masjid Taman Putra Perdana, Mohd Thalji Ahmad Bakery

“Alhamdulillah, dengan adanya Malakat Grocer di sini ia memudahkan kita untuk bekerjasama di masa hadapan dengan golongan asnaf boleh mencari bekalan harian di sini,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here