ATM punya kemampuan bina dua lagi hospital medan – Ismail Sabri

0
56

CYBERJAYA – Pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempunyai keupayaan memenuhi keperluan kerajaan bagi menampung bilangan pesakit Covid-19 yang kini semakin bertambah.

Kata Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, antara keperluan terkini adalah pembinaan dua buah hospital medan.

“Walaupun kita sudah ada tiga hospital medan yang sedang beroperasi di Kapit, Sarawak, MAEPS bersama KKM dan Kepala Batas, Pulau Pinang, kita mampu untuk mewujudkan dua lagi hospital medan.

“Sebenarnya kita boleh tambah lebih daripada dua lagi hospital medan dengan syarat kita mendapat tambahan tenaga kerja iaitu 30 doktor dan 100 paramedik,” kata Ismail Sabri pada sidang akhbar sejurus mengadakan lawatan kerja ke Pharmaniaga LifeScience Sdn. Bhd di Puchong, hari ini.

Dalam pada itu, penambahan kakitangan itu dapat memenuhi keperluan lebih banyak hospital medan serta menambah kelengkapan dan peralatan kesihatan yang lain dalam menguruskan pesakit Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here