ATM sentiasa pantau aspek keselamatan dan pertahanan siber

0
84

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang

CYBERJAYA – Aspek keselamatan dan pertahanan siber Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa dipantau setiap masa bagi memastikan ancaman yang mengganggu rangkaian komunikasi pertahanan ATM dapat ditangani dengan sewajarnya.

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, pihaknya melalui  Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) serta Pusat Operasi Pertahanan Siber ATM (CDOC) sentiasa memantau dan tingkatkan aspek keselamatan siber.

“Tindakan serta langkah-langkah sewajarnya yang perlu dilaksanakan oleh pentadbir sistem siber sebagai langkah menangani apa juga kemungkinan tindak balas serangan siber oleh anasir-anasir asing yang boleh mengganggu pengoperasian sistem siber ATM serta Kementerian Pertahanan.

“Adalah ditegaskan bahawa ATM sentiasa memantau dan mempertingkat aspek keselamatan siber dari masa ke masa melalui peranan yang digerakkan oleh Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) serta Pusat Operasi Pertahanan Siber ATM (CDOC).

“BSEP dan CDOC bukan sahaja memperkukuh rangkaian pemantauan dan pertahanan komunikasi ATM malah melindungi rangkaian komunikasi strategik pertahanan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Affendi, arahan dan langkah yang dikeluarkan CDOC yang tular menerusi media sosial sebelum ini merupakan arahan amalan biasa untuk peringatan.

Pada Ahad lalu, tular menerusi media sosial mengenai satu arahan dalaman ATM menyatakan ATM perlu meningkatkan pertahanan siber negara ekoran ancaman siber dari Israel.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here