Bas angkut tentera Israel ditembak oleh Hamas dengan peluru berpandu

0
3293
Imej tentera Israel yang melancarkan serangan ke arah Gaza. Kredit Reuters

GAZA – Pejuang Palestin, Hamas berjaya menembak sebuah bas mengangkut tentera rejim Zionis dengan sebuah peluru berpandu di berhampiran pangkalan Zikim di sempadan Gaza hari ini.

Memetik laporan media tempatan, bagaimanapun tiada kematian dilaporkan dan hanya seorang tentera pertahanan Israel (IDF) yang cedera.

“Tentera tersebut dilaporkan mengalami kecederaan ringan selepas peluru berpandu yang dilancarkan dari arah utara Gaza betul-betul mengenai bas tentera.

“Bagaimanapun ketika itu bas berkenaan kosong tanpa penumpang,” menurut jurucakap IDF.

Menurut jurucakap itu juga, tentera IDF itu cedera selepas serpihan peluru berpandu itu mengenainya yang ketika itu berada berhampiran bas tersebut.

Sementara itu, dalam perkembangan lain sebanyak 230 penduduk Gaza termasuk 65 kanak-kanak maut setakat ini dalam serangan oleh rejim Zionis.

Menurut laporan Kementerian Kesihatan Gaza, sekurang-kurangnya yang lain 1,710 cedera.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here