Bayaran zakat online Shopee cecah lebih RM200,000

0
142

CYBERJAYA – Shopee melalui kerjasama dengan tiga institusi zakat merekodkan bayaran zakat fitrah secara dalam talian berjumlah kira-kira RM200,000 bagi tempoh 12 April sehingga kini.

Jumlah pungutan melalui kerjasama dengan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) serta Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) sempena bulan Ramadan itu adalah daripada lebih 10,000 pembayar.

Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata, selain tiga agensi utama itu, pihaknya kini turut bekerjama dengan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam WIlayah Persekutuan, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak serta Majlis Ugama Islam Sabah selain menyasarkan jalinan kerjasama dengan semua institusi zakat di seluruh negara pada masa hadapan.

Katanya, Shopee akan terus berusaha meningkatkan komitmen memudahkan umat Islam khususnya bagi menunaikan zakat fitrah untuk disalurkan kepada golongan memerlukan lebih-lebih lagi ketika negara berdepan ancaman pandemik Covid-19.

“Para pengguna hanya perlu memilih pembayaran zakat melalui ‘Deals, Top-ups & Bills’ dalam aplikasi Shopee dan ikuti langkah-langkah mudah yang diberikan,” katanya memetik laporan Bernama hari ini.

Pengguna setia Shopee, Nur Hazwani Ishak berkata, kemudahan itu memudahkannya membayar zakat fitrah menerusi platform e-dagang tersebut.

“Pengguna tidak perlu risau, proses pembayaran adalah sama seperti kaedah bersemuka. Ia mudah, hanya masukkan jumlah zakat fitrah yang ingin dibayar dan akan ada ‘pop-up’ niat menunaikan zakat sebelum meneruskan transaksi,” katanya.

Hazwani juga memaklumkan bahawa dia menerima resit transaksi daripada institusi zakat sejurus membuat pembayaran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here