Bayi 9 bulan maut diliwat suami pengasuh

0
368

CYBERJAYA – Seorang bayi lelaki berusia 9 bulan maut akibat kerakusan nafsu binatang apabila diliwat suami kepada pengasuhnya dalam kejadian pada 27 April lalu.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan berada dalam bilik tidur bersama suspek lelaki manakala suspek wanita (pengasuh) sedang menyapu di luar kediaman mereka.

Dalam kenyataan kepada media hari ini, polis mengesahkan bayi berkenaan mati akibat pendarahan dan kecederaan pada bahagian dubur mangsa akibat diliwat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, hasil siasatan dan pemeriksaan pegawai perubatan di Hospital Sungai Buloh mengesahkan punca kematian bayi berkenaan.

“Mangsa dibawa dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh seorang lelaki yang mengaku sebagai pengasuh.

“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan cedera pada dubur bayi berkenaan yang dipercayai telah diliwat,” katanya.

Menurutnya, hasil bedah siasat turut mendapati terdapat kesan koyakan di bahagian dubur mangsa.

“Hasil bedah siasat terhadap bayi tersebut mendapati terdapat kesan lebam di bahagian mulut dipercayai ditekup menggunakan tangan.

“Selain itu, terdapat juga beberapa kesan koyakan di bahagian dubur mangsa dipercayai akibat benda tumpul,” katanya.

Sebelum ini, seorang bayi lelaki maut dipercayai didera oleh pengasuhnya dalam kejadian di sebuah rumah di Kelana Jaya pada 27 April lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here