Polis siasat kes bekas pegawai kanan JSJK terima tetamu Aidilfitri

0
531
Hantaran yang dimuat naik sebelum dipadam pemilik akaun pegawai polis terbabit.

CYBERJAYA – Polis telah membuka kertas siasatan dan akan mengambil tindakan terhadap seorang bekas Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) pada kunjungan Aidilfitri Khamis lalu.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pegawai kanan polis yang telah bersara pada 2007 dengan jawatan terakhirnya Timbalan Pengarah JSJK Bukit Aman itu

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kertas siasatan akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya dengan segera

“Berdasarkan gambar yang dimuat naik di Facebook, kelihatan enam orang anggota polis dilihat sedang menikmati juadah dan gambar tersebut dipercayai dirakam pada hari raya pertama. Siasatan kini dijalankan di bawah Per.17 P.U (A) 225/2021 (Melanggar SOP PKP).

“Jika sabit kesalahan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM 2,000 ke atas pengunjung dan RM 10,000 kepada pemilik rumah,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Dua hantaran tular di media sosial mengenai beberapa anggota polis dikatakan dijemput menikmati hidangan sempena Hari Raya Aidilfitri di sebuah rumah sedangkan ketika ini adalah tempoh PKP.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here