Belajar dari Sabah cara turunkan kes

0
127

CYBERJAYA – Selangor perlu menjadikan Sabah sebagai contoh dalam menyusun langkah untuk menurunkan angka harian kes Covid-19.

Kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, Sabah yang pada mulanya melaporkan angka harian sebanyak 4 angka, kini telah berjaya menurunkannya kepada hanya 2 angka.

“Sabah telah menurunkan kesnya dari empat digit kepada dua digit.

“Harap kita dapat belajar dari Sabah terutamanya (dalam) aspek kawalan sempadan dan perhimpunan awam,” kata Dr. Noor Hisham dalam satu komen di akaun Twitter miliknya, hari ini.

Terdahulu, dalam statusnya, Dr. Noor Hisham berkata, perjuangan memerangi Covid-19 perlu disokong rakyat dengan mengamalkan perintah kawalan pergerakan (PKP) kendiri.

“(Ini) Perjuangan kita semua, bukan hanya petugas KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan petugas barisan hadapan frontliners yang lain,” kata Dr. Noor Hisham.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here