Bergaya di hari raya dengan Anak Jantan

0
194
Model memperagakan pakaian Tetron Cotton Collar Kurta yang boleh didapati di outlet Anak Jantan. – MALAKAT TRIBUNE

CYBERJAYA – Balik kampung atau tidak, peluang bergaya dengan pakaian yang terbaik dan bergambar di pagi raya seperti sudah menjadi satu tradisi tahunan kita semua.

Tidak kira bersama rakan atau keluarga terdekat, momen indah pagi raya semestinya dirakam buat tatapan pada masa-masa akan datang.

Pada lelaki yang inginkan imej segak dan dan bergaya, apa kata singgah di outlet Anak Jantan yang terletak di Malakat Mall, kerana terdapat pelbagai promosi menarik buat anda.

Terbaharu, Anak Jantan memperkenalkan kurta dengan dua jenis gaya iaitu Oxford Round Neck AJ Kurta dan Tetron Cotton Collar Kurta.

Menurut Penolong Pengurus Jualan Anak Jantan, Muhammad Fauzi Amee, kurta ini diperbuat daripada kain berkualiti tinggi, dan setiap rekaan didatangkan dalam 3 warna.

“Bagi kurta dengan rekaan berleher bulat, ia datang dalam warna hitam, coklat dan kuning.

Muhammad Fauzi di hadapan outlet Anak Jantan yang terletak di tingkat 1, Malakat Mall di Cyberjaya. – MALAKAT TRIBUNE

“Manakala bagi rekaan berkolar, ia datang dengan warna biru, biru muda dan kelabu,” kata Muhammad Fauzi ketika dtemui di ruang jualan outletnya, hari ini.

Kurta ini berharga RM129 setiap satu, namun bersempena dengan promosi jualan hari raya di Malakat Mall, kurta ini dijual pada harga promosi RM99 sahaja.

“Bukan itu sahaja, Anak Jantan turut menawarkan barangan lain seperti baju kemeja, seluar, dan juga kasut kulit yang turut sesuai digayakan pada hari-hari biasa juga.

“Dan kesemua barangan ini juga turut ditawarkan dengan potongan harga istimewa sehingga 20 peratus sempena Hari Raya Aidilfitri ini,” tambah Muhammad Fauzi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here