Bermula 1 Julai semua urusan taksiran dan bayaran duti setem melalui STAMPS

0
311
LHDN

CYBERJAYA – Bermula 1 Julai depan, semua urusan taksiran dan bayaran duti setem akan menggunakan Stamp Assessment And Payment System (STAMPS).

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam satu kenyataannya hari ini memaklumkan, STAMPS akan menggantikan Sistem Frangki Digital 2.0 (DFS 2.0).

“DFS 2.0 di semua Pejabat Setem Cawangan (PSC), Pejabat Satelit, Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) hanya boleh digunakan sehingga 30 Jun ini,” kata LHDN.

Menurut LHDN, bagi kategori ejen, permohonan penyeteman perlu dibuat secara dalam talian melalui STAMPS seperti berikut:

“Bayaran boleh dibuat secara dalam talian atau di kaunter duti setem setelah notis taksiran dikeluarkan,” katanya.

Selain itu katanya, bagi kategori selain ejen, permohonan penyeteman dan bayaran dibuat di kaunter duti setem seperti berikut:

Untuk makluman, pendaftaran ID Pengguna STAMPS boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan pantas https://stamps.hasil.gov.my. 

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDNM melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara), HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here