Bersatu dalam kumpulan Satu Juta Melayu, persediaan sebelum pasaran dibuka semula

0
442
Pelanggan beratur menunggu giliran untuk membeli daging sempena persiapan menjelang hari raya Aidilfitri di Malakat Grocer, Malakat Mall baru-baru ini.

CYBERJAYA – Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim mengajak orang ramai bersatu dalam kumpulan Satu Juta Melayu sebagai persediaan sebelum pasaran dibuka semula.

Mohd. Fadzil berkata, dalam keadaan pasaran sekarang bila tidak ramai yang datang membeli-belah dan mereka hanya membeli barang-barang perlu sahaja.

Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim memberi penerangan mengenai Bank Koperasi Tanpa Riba (Noriba) semasa majlis pelancaran di Malakat Mall baru-baru ini.

“Allah mahu kita renung sejenak apa yang kita sedang lakukan. Kalau kita pandai, kita akan tahu apa yang patut kita lakukan. Banyak benda yang tak boleh kita buat masa PKP ini. 

“Ramai yang tanya apa yang saya buat masa PKP ini. Saya jalan sahaja. Saya buat kerana saya tak ada pilihan. Jadi saya nak ajak semua bersatu. 

“Alhamdulilah, ‘grup’ Satu Juta Melayu baharu cecah 2,000 ahli. Kalau seorang bawa 10 orang, jumlahnya dah boleh jadi 20,000 ahli. Kalau 20,000 dapat bawa 10 orang bagi setiap seorang, jumlahnya akan jadi 200,000.

“Saya akan aktif dalam kumpulan Telegram dan juga Facebook. Kali ini kita akan buat gerak kerja yang lebih berstruktur. Kita akan buat gerak kerja kursus secara online,” katanya ketika sesi ‘live’ di laman Facebooknya semalam.

Menurut Mohd. Fadzil, pihaknya mendapat tawaran untuk bekerjasama dengan sebuah kolej vokasional.

“Bila saya tengok kelas-kelas yang mereka tawarkan, ia seperti sudah boleh bina sebuah negara baharu. Maksud saya kita boleh bina semula negara kita.

“Bidang kursus yang ditawarkan cukup dari segi pertanian, industri, kejuruteraan, pendidikan dan dari segi bisnes. Ada ratusan ribu yang berkemahiran yang mana mereka semua ini diperlukan untuk membina ekosistem ekonomi Islam. 

“Jadi kita akan adakan kerjasama dengan persatuan yang mewakili ibu bapa kolej vokesional ini.

“Kita dapat pula tawaran untuk buka Malakat Mall di Perlis. Ini tempat saya mengaji (di UiTM Perlis). Doakan kejayaannya, kita juga dapat tawaran rasmi dari syarikat Maju Perak untuk buka Malakat Mall di Silveritage, Perak.

Malakat Mall Masjid Tanah

“Kerana itu saya hendak minta semua ialah agar kita bersatu sebelum pasaran dibuka semula. Pasaran akan dibuka secara sepenuhnya kelak. Macam sebelum ini, kita dah bersedia lebih awal apabila pasaran dibuka,” katanya.

Selain itu katanya, semalam beliau juga telah memberikan taklimat kepada lebih 80 pengusaha stesen minyak Shell Malaysia. 

“Kita tawarkan mereka untuk buka Tea Amo. Mereka semua mendengar dengan penuh tekun dalam waktu sejam. Bila kita buka pengisian borang setelah taklimat, ramai yang menyertainya.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun bersama minuman Tea Amo ketika melawat sekitar Malakat Mall. -MT/FARID JANUDIN

“Esok (hari ini) pula, wagon-wagon Tea Amo yang dah siap akan sampai. Marilah kita bersatu. Jadi siapa yang belum duduk dalam Grup Sejuta Melayu, marilah sertai. Sebab apa?

“Masa PKP ini kita ada banyak masa. Mari kita bina kekuatan. Kalau kita ada sejuta ahli, kita akan gunakan platform ini untuk bantu sesama kita. Kalau anda berniaga kita akan bantu untuk pasarkan produk. Syaratnya, kita nak berikan kepada founder-founder produk dan jenama terlebih dahulu.

“Sebabnya, kalau semua orang seperti ejen dan dealer yang keluarkan iklan yang sama, lama-lama orang dah tak nak tengok. Sebab itu kita beri kepada founder dahulu sehingga kita ada platform kita sendiri.

“Pada masa itu, dealer akan dibenarkan buat promosi. Kita akan ada ciri-ciri seperti Facebook ads tetapi tanpa kos seperti Facebook. Kalau Facebook ads kena bayar dulu baru dapat, model kita ialah membayar bila ada jualan.

“Jadi mari kita gunakan masa kita duduk rumah dengan lockdown kendiri. Ajak kawan-kawan kita untuk cuba bersatu untuk usaha bagi mencapai kejayaan akhirat untuk kejayaan dunia,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here