Biden arahkan perisikan AS giatkan usaha cari punca Covid-19

0
87

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden telah mengarahkan komuniti perisikan untuk menggiatkan usaha mencari punca Covid-19, dan menekan China untuk terlibat dalam penyiasatan itu.

Menurut The Guardian, Biden telah menerima laporan mutakhir mengenai asal-usul pandemik itu pada awal bulan ini, namun beliau mengarahkan semua agensi perisikan supaya ‘menggandakan usaha bagi mengenal punca sebenar’ bagaimana virus itu boleh merebak kepada manusia.

‘Saya telah mengarahkan komuniti perisikan untuk mengumpul dan menganalisa maklumat yang boleh membawa kita lebih hampir kepada penjelasan yang sebenar.

“Mereka diberi 90 hari untuk menyiapkan laporan itu,” kata Biden dalam satu kenyataan, semalam.

Kenyataan itu turut menyebut, Biden turut mengarahkan supaya beberapa fakta yang tidak dinyatakan, diperjelaskan termasuk beberapa soalan khusus yang perlu dijawab oleh China.

Arahan Biden ini dikeluarkan hanya beberapa hari selepas akhbar berpengaruh Wall Street Journal menyiarkan satu berita mengenai satu laporan perisikan yang tidak didedahkan sebelum ini, bahawa tiga saintis China dirawat akibat satu jangkitan coronavirus pada November 2019.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here