Bilangan jemaah di masjid, surau kawasan PKP Selangor dihadkan

0
122
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Bilangan jemaah untuk solat Jumaat dan solat fardu di semua masjid dan surau di Selangor ditetapkan semula berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam daerah.

Jawatankuasa Tetap Agama Islam Selangor dalam kenyataannya memaklumkan bagi Masjid Pengurusan dan Masjid Kariah, solat Jumaat dihadkan kepada 100 orang dan solat fardu 100 jemaah manakala 100 jemaah muslimin dibenarkan untuk menunaikan solat sunat tarawih di masjid berkenaan.

Seramai 200 jemaah pula dihadkan untuk solat Jumaat, solat fardu (200) dan solat sunat tarawih (200 muslimin) di Masjid Institusi manakala di Surau Solat Jemaah, seramai 50 orang dihadkan untuk menunaikan solat Jumaat, solat fardu (50) dan solat sunat tarawih (50 muslimin).

Jelas kenyataan itu, di Surau Kariah pula solat fardu dihadkan kepada 50 jemaah dan 50 muslimin dibenarkan menunaikan solat sunat tarawih.

Solat Jumaat, solat fardu dan solat sunat tarawih bagi daerah terlibat Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor adalah kekal mengikut ketetapan terdahulu.

Sementara itu jawatankuasa tersebut turut memaklumkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Masjid Tengku Ampuan Jemaah, seramai 500 orang termasuk pentadbir dibenarkan menunaikan solat Jumaat manakala solat fardu dihadkan kepada 200 jemaah termasuk pentadbir.

Bagi solat sunat tarawih, bilangan jemaah dihadkan seramai 600 orang di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah manakala 550 jemaah di Masjid Tengku Ampuan Jemaah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here