Bomba berdepan risiko terkena arus elektrik ketika selamatkan mangsa tren bertembung

0
248
Mangsa dibawa keluar untuk mendapatkan rawatan susulan kemalangan dua LRT dari arah Gombak dan Kelana Jaya bertembung di Stesen LRT KLCC hari ini. Gambar: Farid Janudin

KUALA LUMPUR – Terpaksa melalui laluan terowong yang sempit selain risiko terkena renjatan elektrik antara kesukaran yang perlu dihadapi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk menyelamat dan mengeluarkan 213 penumpang yang cedera dalam kejadian pertembungan tren Transit Aliran Ringan (LRT), malam tadi.

Pengarah JBPM Kuala Lumpur, Nordin Pauzi berkata, ia berikutan lokasi kejadian di dalam terowong yang sempit dan menyukarkan pergerakan pasukan penyelamat.

“Kita perlu melalui laluan terowong sempit selain risiko elektrik. Jadi kita perlu berhati-hati dan mengambil banyak masa untuk proses mengeluarkan semua mangsa.

“Memandangkan kedudukan tren dengan stesen lebih kurang 100 meter dalam keadaan penumpang yang cedera, maka ia perlu dibuat secara berhati-hati untuk elak kecederaan lebih serius,” katanya memetik laporan Berita Harian sebentar tadi.

Mengenai kejadian itu, Nordin berkata, pihaknya menerima laporan kejadian jam 8.45 malam sebelum beberapa jentera dikejarkan ke lokasi.

Mangsa dibawa keluar untuk mendapatkan rawatan susulan kemalangan dua LRT dari arah Gombak dan Kelana Jaya bertembung di Stesen LRT KLCC hari ini. Gambar: Farid Janudin

Katanya, operasi turut membabitkan beberapa agensi lain termasuk polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Rapid KL.

Malam tadi, sekurang-kurangnya 47 penumpang dilaporkan cedera parah manakala ratusan lagi cedera ringan dalam perlanggaran dua tren Transit Aliran Ringan (LRT), masing-masing dari arah Gombak dan Kelana Jaya di sini.

Sementara itu, sebahagian daripada mangsa kemalangan itu dibawa keluar melalui sebuah pusat beli-belah berhampiran.

Sehingga jam 10 malam tadi, puluhan ambulans bergegas ke lokasi bagi membawa mangsa mendapatkan rawatan.

Pihak penyelamat membabitkan pegawai dan anggota JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) pegawai perubatan dari HKL dan pelbagai agensi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here