‘Bukan aku nak pergi sangat, tapi sebab kawan’ – Ustaz Azhar Idrus

0
2783
Ustaz Azhar Idrus (kiri) membacakan doa dalam majlis berkenaan

CYBERJAYA – Penceramah terkenal, Azhar Idrus menjelaskan kehadirannya dalam majlis akikah anak kepada penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin sebagai sekadar menziarahi rakannya.

Dalam satu rakaman video ceramah beliau yang tular, Azhar berkata, beliau bersahabat baik dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa sejak tiga tahun lalu dan pernah diziarahi oleh usahawan itu ketika ditimpa masalah kesihatan sebelum ini.

“Datuk K ini saing (sahabat) kita, dah tiga tahun kita bersaing tetapi kita tak suka tunjuk gambar yang dirakam bersama.

“Jadi dah tiga kali dia jemput kita mari (datang ke rumah) bila datang ke Kuala Lumpur mari datang ke rumah.

“Kali ketiga (jemputan) ni kita segan juga sebab masa kita sakit dia datang mari. Dua jam dia duduk ziarah kita. Jadi kita balas baliklah,” katanya.

Ustaz Don Danial bersama Datuk Khalid Mohamad Jiwa memotong rambut bayi anak pasangan terkenal itu.

Isu kehadiran beberapa agamawan dalam majlis akikah anak pasangan tersebut mendapat kecaman pelbagai pihak kerana terdapat individu yang dijemput perlu merentas negeri untuk hadir ke majlis tahnik itu.

Dalam pada itu, difahamkan Azhar yang menetap di Terengganu hadir ke Kuala Lumpur berikuta terdapat undangan ceramah agam di beberapa lokasi termasuk di sebuab agensi kerajaan.

Sementara itu beliau yang lebih dikenali sebagai Ustaz Azhar Idrus berkata, ketika hari majlis berkenaan beliau tiba lambat kerana sibuk dengan jadual ceramah dan kerja bersama krewnya yang lain.

“Tetapi mereka kata tak apa-apa datang saja untuk minum air, sebab kita sudah berkawan selama tiga tahun sejak 2018. Aku bukan bersaing dengan Siti tetapi laki dia.

“Jadi saya kata tak apalah saya pergi lepas Tarawih, bila sampai majlis sudah habis. Jadi kalau anak kawan kita minta doa boleh tak?

“Ada tak dalam kitab tak boleh doakan anak? Ada tak dalam doa kalau awak pergi ke Kuala Lumpur tak boleh pergi rumah kawan? Tak ada,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan rumah ibu mertuanya terletak berdekatan dengan rumah pasangan artis terkenal itu.

“Rumah emak isteri kat belakang tu saja di bawah, mereka duduk di bahagian atas. Kita marhaen, bukan aku nak pergi sangat tapi sebab kawan,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here