CAPS gesa kerajaan haramkan penjualan pelitup muka berpartikel graphene

0
340
Mohaideen Abdul Kadir

GEORGE TOWN – Kerajaan digesa mengharamkan penjualan pelitup muka mengandungi ‘nanopartikel graphene’ yang didakwa boleh memudaratkan kesihatan.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berkata, Mohaideen Abdul Kadir berkata, kandungan partikel yang berbahaya itu tidak sepatutnya menjadi sebab kemudaratan pengguna dalam keadaan alat itu menjadi keperluan ketika ini.

Bahkan katanya, penggunaan pelitup muka yang mengandungi bahan itu telah diharamkan di negara seperti Kanada.

“Kita mahu kerajaan menetapkan piawaian bagi pelitup muka dan pengguna perlu mengambil iktibar daripada perkara ini supaya kita kekal selamat dengan memilih pelitup muka yang diperbuat daripada kapas untuk mencegah penyebaran jangkitan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohaideen berkata, ‘graphene’ adalah novel nanomaterial yang merangkumi zarah-zarah halus yang mempunyai sifat antivirus dan antibakteria.

Menurut kajian katanya, pelitup muka dilapisi ‘graphene’ berpotensi menyebabkan keracunan paru-paru pada haiwan.

Meskipun berpotensi menyebabkan risiko kesihatan, Mohaideen berkata, berjuta pelitup muka yang mengandungi nanographene dihasilkan setiap hari dan dijual di seluruh dunia.

“Pelitup muka yang mengandungi graphene boleh dikenal pasti dengan lapisan warna gelap pada bahagian dalam pelitup muka tersebut.

“Ia mudah dikenal pasti sebab ia berwarna kelabu,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut, Mohaideen berkata, apabila pelitup muka itu lusuh, serpihan ‘nanographene’ mengelupas dan boleh disedut ke dalam paru-paru.

Katanya, pengguna pelitup muka yang mengandungi graphene itu mengalami kesukaran bernafas, kerengsaan kulit dan berasa seperti bernafas dalam bulu kucing.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here