Chelsea julang Piala Liga Juara-Juara dengan menewaskan Manchester City 1-0

0
161
Kapten Chelsea Cesar Azpilicueta menjulang Piala Liga Juara-Juara selepas menewaskan Manchester City

PORTO – Jaringan tunggal pemain tengah, Kai Havertz berjaya menjulang Chelsea sebagai juara Liga Juara-Juara dengan menewaskan pasukan Manchester City 1-0 dalam aksi akhir sebentar tadi.

Skuad bimbingan Thomas Tuchel menunjukkan disiplin pertahanan yang tinggi sehingga menyebabkan barisan serangan Manchester City buntu mencari gol penyamaan sehingga minit terakhir perlawanan.

Kemenangan ini merupakan yang kedua buat pasukan The Blues selepas muncul juara buat kali pertama pada 2012, menewaskan Bayern Munich.

Manchester City yang dibimbing oleh Pep Guardiola cuba mengubah rentak perlawanan dengan memasukkan penyerang legenda mereka, Sergio Aguero namun juara liga Inggeris itu terus gagal mencari gol penyamaan.

Malang juga menimpa kapten Manchester City, Kevin De Bruyne selepas mengalami kecederaan pada minit ke-51 dan terpaksa digantikan dengan Gabriel Jesus.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here