China berjaya daratkan ‘rover’ di permukaan Marikh

0
154
Imej Marikh tang dihantar oleh prob Tianwen-1 pada Februari lalu.

BEIJING – China melaporkan kejayaan mereka mendaratkan sebuah ‘rover’ tanpa pemandu pada permukaan planet Marikh, semalam.

Kejayaan tersebut diumumkan oleh Pentadbiran Angkasa China Kebangsaan, kata agensi berita Xinhua.

China menjadi negara kedua selepas Amerika Syarikat (AS) yang berjaya mendaratkan ‘rover’ ke planet tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi, ‘rover’ itu akan mula menjalankan tugas untuk mengumpulkan batuan dan sampel dari planet tersebut.

Prob Tianwen-1 itu, yang terbahagi kepada orbiter, pendarat dan sebuah ‘rover’ dilancarkan dari selatan wilayah Hainan pada Julai tahun lepas.

Pada Februari lalu, prob tersebut telah menghantar gambar pertama planet Marikh yang diambilnya.

Gambar tersebut antara lain menunjukkan bebrapa ciri geologi di planet tersebut, antaranya kawah Schiaparelli dan Valles Marineris.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here