China nyatakan kesediaan bantu Gaza

0
693

BEIJING – China hari ini menyatakan kesediaan untuk membantu penduduk Gaza yang terjejas akibat konflik dengan rejim Zionis.

Laporan al-Jazeera menyebut, kesediaan itu dinyatakan oleh jurucakap Agensi Kerjasama dan Bantuan Antarabangsa China (CIDCA), Tian Lin.

Kata Tian Lin, antara bantuan yang akan disalurkan termasuk rawatan mereka yang tercedera akibat konflik selama 11 hari itu, dan membangunkan kawasan kediaman baharu bagi mereka yang kehilangan kediaman akibat dibom tentera rejim.

Sementara itu, Pakistan menyambut baik gencatan senjata yang diumumkan oleh pihak yang bertelagah, dengan beberapa perarakan solidariti yang telah dirancang di seluruh negara.

Menrutu Menteri Luar Pakistan, Mehmood Qureshi, gencatan senjata ini “merupakan usaha kerjasama semua, bagi menegakkan keadilan”.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here