Covid-19: 3,551 kes baharu, Selangor catat kes tertinggi

0
48

CYBREJAYA – Negara merekodkan 3,551 kes baharu jangkitan Covid-19 menjadikan kes kumulatif Covid-19 di dalam negara ketika ini berjumlah 427,927.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Twitternya berkata, daripada jumlah itu dalam tempoh 24 jam lepas itu, Selangor masih merekodkan jumlah kes tertinggi melibatkan 1,137 kes diikuti Kuala Lumpur (477) dan Sarawak (391).

Kelantan pula mencatatkan 326 kes, diikuti Pulau Pinang (305); Johor (258); Perak (137); Kedah (112); Pahang (97); Negeri Sembilan (85); Melaka (82); Sabah (69); Terengganu (58); Putrajaya (12); Perlis (tiga) dan Labuan (dua).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here