Covid-19: 6,493 jangkitan baharu, 50 kematian

0
29
Dr Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Sebanyak 6,493 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah keseluruhan kes kini mencecah sebanyak 498,795.

Sementara itu, sebanyak 50 kematian direkodkan dalam tempoh yang sama menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 2,149 kes manakala 18 kluster baharu direkodkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan angka terbaharu yang dilaporkan Kementerian Kesihatan (KKM), Selangor merekodkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 2,163 jangkitan diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (641 kes) dan Sarawak (612 kes).

Dr. Noor Hisham berkata, berdasarkan jumlah jangkitan baharu yang dilaporkan, terdapat dua kes import yang menerima jangkitan dari luar negara.

“Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 telah menjadi 52,106 kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Setakat in sebanyak 643 kes sedang dirawat di Unit Rawatan rapi (ICU) manakala daripada jumlah itu, 363 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Keseluruhan kes sembuh kini telah menjadi sebanyak 444,540 dengan pertambahan sebanyak 4,508 pesakit yang pulih hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here