Covid-19 hanya hilang selepas 70 peratus penduduk dunia divaksin

0
112

GENEVA – Walaupun dianggarkan 36.6 peratus penduduk di negara-negara Kesatuan Eropah (EU) telah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19, jumlah itu disifatkan masih terlalu ‘perlahan’.

Pengarah Bahagian Eropah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Hans Kluge berkata, pelaksanaan vaksinasi yang masih jauh daripada kadar sepatutnya itu dibimbangi akan menyebabkan peningkatan kes jangkitan varian baharu koronavirus.

Justeru, beliau memberi amaran dan meramalkan penularan pandemik itu tidak akan berakhir sehingga sekurang-kurangnya 70 peratus penduduk dunia diberikan vaksin.

Beliau berkata, antara varian baharu yang lebih cepat menular berbanding virus asal adalah varian India B1617.

Justeru, Dr Kluge menekankan solidariti dalam pemberian vaksin yang pantas adalah sangat penting.

Jelasnya, kepantasan pengedaran dan memperbanyakkan vaksin memainkan peranan yang sangat besar.

Katanya, buat masa ini sebanyak 26 peratus penduduk di 53 negara di Eropah termasuk beberapa di Asia Tengah sudah menerima dos pertama vaksin Covid-19.

Hans Kluge

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here