Covid-19: India catat 412,262 kes baharu, 3,980 kematian

0
103
Jumlah kes baharu yang tinggi setiap hari di India menyebabkan sistem kesihatan di negara itu hampir lumpuh

NEW DELHI – India mencatatkan lebih daripada 412,000 kes baharu Covid-19 dan 4,000 kes kematian dalam tempoh 24 jam terakhir.

Menurut data Kementerian Kesihatan India, sebanyak 3,980 kematian direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian ialah 230,168.

Bagi kes baharu pula sebanyak 412,262 kes direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 21.1 juta.

Pada Jumaat lalu, kes harian di negara itu mencapai paras tertinggi dengan 402,000 kes.

Bagaimanapun jumlah kes harian berkurangan pada hari berikutnya hingga serendah 357,000 sebelum meningkat lagi pada Selasa.

Kenaikan mendadak kes sejak akhir Mac telah membanjiri hospital di banyak tempat dengan kekurangan katil, ubat-ubatan dan oksigen.

Kerajaan Perdana Menteri Narendra Modi menolak untuk melaksanakan perintah berkurung baharu walaupun beberapa wilayah termasuk ibu kota New Delhi, Bihar dan Maharashtra menguatkuasakan penutupan tempatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here