Covid-19: India catat lebih 4,000 kematian sehari

0
96
Keadaan salah sebuah hospital di India.

DELHI – India semalam merekodkan 4,187 kematian harian akibat Covid-19 sejak penularan wabak yang semakin meruncing di negara itu.

Jumlah terbaharu kematian itu menjadikan jumlah terkumpul yang menjadi korban kini berjulah 238,270 sejak pandemik tersebut.

Bagi kes harian pula, sebanyal 401,078 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini hampir mencecah 22 juta.

Bagaimanapun, segelintir mempercayai bandar-bandar besar di New Delhi dan Mumbai kini berada pada tahap yang semakin stabil dengan bekalan oksigen tambahan sudah dihantar selain pertambahan jumlah katil di hospital.

Satu pagi sumber mengatakan, wabak itu kini menular dengan pantas di negeri-negeri di bahagian Selatan dan kawasan luar bandar, yang dijangka akan memburukkan lagi tahap kesihatan di negara itu.

Karnataka, yang meliputi bahagian utama pusat teknologi maklumat di Bangalore, baru-baru ini diarahkan tutup selama dua minggu sejak Isnin dalam usaha kerajaan mengekang penyebaran virus.

Bangalore, yang menyaksikan 1,907 kematian akibat Covid-19 pada April mencatatkan 950 kematian bagi tempoh tujuh hari pertama pada bulan ini.

Kekurangan bekalan oksigen dan katil rawatan, dikatakan menjadi punca utama kepada kenaikan kadar kematian secara mendadak.

Kes kematian juga meningkat di bahagian Bengal Barat, selain bandar utama, Kolkata turut mengalami kekurangan bekalan oksigen dan katil.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here