Covid-19: Jangkitan ‘kulat hitam’ bertambah dalam kalangan pesakit di India

0
354
GAMBAR HIASAN

NEW DELHI – Hospital di India melaporkan peningkatan jangkitan ‘kulat hitam’ dalam kalangan pesakit Covid-19.

Sky News melaporkan, pihak kerajaan telah turut mengarahkan anggota perubatan supaya memantau keadaan pesakit jika mereka mempunyai sebarang tanda jangkitan yang dikenali sebagai mucormycosis itu.

Jangkitan fungus itu boleh menyebabkan warna kehitaman pada hidung, kabur penglihatan, sakit dada, kesusahan bernafas dan batuk berdarah.

Komplikasi ini yang dikaitkan dengan diabetes, semakin disukarkan dengan kehadiran dexamethasone, yang digunakan bagi merawat pesakit Covid-19 yang parah.

Menurut seorang pakar jangkitan fungus dari Universiti Manchester, Professor David Denning, teradapat juga laporan jangkitan yang sama dikesan di United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS), Perancis, Austria, Brazil dan Mexico.

“Namun, kebanyakan daripada kes yang dilaporkan berlaku lebih banyak di India,” kata Denning.

“Salah satu sebab kenapa ini berlaku adalah kerana bilangan pesakit diabetes di negara tersebut, yang mana mereka tidak menerima rawatan yang berkesan,” tambah beliau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here