
CYBERJAYA – Kes jangkitan baharu Covid-19 sedikit menurun pada hari ini berbanding semalam apabila sebanyak 6,509 kes direkodkan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penambahan itu menjadikan kes kumulatif di Malaysia ialah 518,600 kes.
Dr. Noor Hisham berkata ,Selangor masih kekal mencatat bilangan jangkitan baharu yang tertinggi dengan 2,049 kes diikuti Sarawak dengan 530 kes.

“Seterusnya Johor dan Kuala Lumpur masing-masing 468 kes dan Kelantan 451 kes,” katanya di laman Facebooknya hari ini.
Berikut merupakan senarai pecahan kes mengikut negeri:
Selangor : 2,049 kes
Sabah : 184 kes
Johor : 468 kes
WPKL : 468 kes
Sarawak : 530 kes
Pulau Pinang : 384 kes
Negeri Sembilan : 329 kes
Kelantan : 451 kes
Perak : 231 kes
Kedah : 348 kes
Melaka : 329 kes
Pahang : 257 kes
Terengganu : 263 kes
WP Labuan : 171 kes
WP Putrajaya : 40 kes
Perlis : 7 kes