Covid-19: Kes harian baharu terus catatkan rekod tertinggi di seluruh negara

0
93
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Jumlah kes jangkitan Covid-19 terus meningkat dengan drastik apabila buat hari ketiga berturut mencatatkan rekod kes tertinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hari ini sahaja sebanyak 7,857 kes baharu dilaporkan manakala kes kumulatif adalah sebanyak 541,224 kes.

Beliau berkata, Selangor terus mencatatkan kes paling tinggi di seluruh negara dengan 2,675 kes.

Berikut jumlah pecahan kes mengikut negeri (Kumulatif):

Selangor – 2,675 (177,450)
Sabah – 217 (61,274)
Johor – 549 (56,231)
Kuala Lumpur – 561 (56,032)
Sarawak – 772 (44,738)
Pulau Pinang – 365 (27,284)
Kelantan – 754 (24,723)
Negeri Sembilan – 353 (24,166)
Perak – 228 (19,490)
Kedah – 441 (17,011)
Melaka – 234 (10,812)
Pahang – 238 (8,649)
Terengganu – 282 (7,957)
Labuan – 170 (3,164)
Putrajaya – 12 (1,778)
Perlis – 6 (465)

Kelmarin, negara buat pertama kali mencatat kes melebihi angka 7,000 dengan sebanyak 7,289 kes dilaporkan.

Kes baharu terus bertambah semalam apabila sebanyak 7,478 kes baharu dilaporkan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here