Covid-19: Lembah Klang rekod lebih separuh kes nasional

0
52

SHAH ALAM – Lebih separuh daripada keseluruhan kes harian Covid-19 negara sejak 24 jam yang lalu dikesan di Lembah Klang iaitu 2,082 kes di Selangor dan 5,490 kes di Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah terbaharu kes positif Covid-19 mencatatkan peningkatan iaitu 4,765 kes di seluruh negara menjadikan kes kumulatif sebanyak 453,222 kes.

Beliau berkata, statistik kes diikuti Sarawak (405), Johor (348 dan Kelantan (297).

Sementara itu, lima negeri lain merekodkan kes baru tiga angka, iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka.

Menurutnya, Johor pula mencatatkan 348 kes, Kelantan (297), Pulau Pinang (259), Kedah (226), Perak (172), Negeri Sembilan (122), Melaka (110), Sabah (70) dan Pahang (63).

“Sebanyak 60 kes dicatatkan di Terengganu, manakala Labuan enam kes, Putrajaya (empat) dan Perlis satu kes sahaja,” katanya di Twitter hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here