Covid-19: MBSA arahkan pasar Seksyen 6 ditutup

0
36
sanitasi
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Pasar Moden Seksyen 6 di Shah Alam diarahkan tutup berikutan kewujudan kes Covid-19 dalam kalangan peniaganya.

Menurut Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad, pasar itu akan ditutup selama 4 hari mulai hari ini, bagi membolehkan jangkitan itu dibendung dan aktiviti pengesanan kontak rapat dilakukan.

“Peniaga, penyewa dan pekerja di pasar itu dinasihatkan supaya menjalani saringan Covid-19 secepat mungkin dan mengemukakan salinan keputusan itu kepada MBSA sebelum mereka dibenarkan beroperasi,” kata Shahrin dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, MBSA mencadangkan supaya mereka menghadiri ujian yang dilakukan oleh kerajaan negeri secara percuma, atau mana-mana klinik dan pusat kesihatan yang mengadakan ujian berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here