Covid-19: Situasi Nepal semakin meruncing

0
208

KATHMANDU – Sistem kesihatan negara Nepal dilaporkan kini hampir tumbang berikutan penularan Covid-19 yang semakin tidak terkawal.

Menurut The Guardian, situasi di negara itu tidak jauh berubah daripada situasi pandemik di negara jirannya, India.

Namun, situasi di Nepal dianggap lebih meruncing kerana sistem kesihatan negara itu adalah jauh lebih buruk daripada India.

Perdana Menteri Nepal, KP Sharma Oli telah meminta bantuan tentera untuk meringankan beban yang sedang dihadapi oleh sistem kesihatan awam.

Pada ketika ini, 47 peratus daripada ujian pengesanan kes Covid-19 yang dilakukan di negara itu didapati positif, satu angka yang agak membimbangkan.

Nepal, yang mempunyai sebanyak 30 juta rakyat, hanya mempunyai sebanyak 1,600 katil unit rawatan rapi (ICU) dan kurang daripada 600 ventilator untuk digunakan.

Dari segi jumlah doktor pula, negara itu mempunyai nisbah doktor sebanyak 0.7 bagi setiap 100,000 rakyat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here