Covid-19: Vaksin Pfizer dan AstraZeneca berkesan cegah jangkitan varian India

0
254

LONDON – Satu kajian mendapati, vaksin Covid-19 keluaran Pfizer dan AstraZeneca mempunyai keberkesanan melindungi penerimanya daripada dijangkiti virus dengan varian India.

Kajian yang dilakukan oleh agensi Kesihatan Awam England (PHE) pada 5 April hingga 16 Mei lalu itu mendapati, vaksin Pfizer berkesan sehingga 88 peratus selepas dua minggu dos kedua diterima, manakala vaksin AstraZeneca pula adalah 60 peratus.

Kata PHE, julat keberkesanan di antara dua vaksin itu berbeza berkemungkinan akibat dos kedua AstraZeneca yang diberi kepada penerima adalah sedikit lewat.

“Data mencadangkan, vaksin AstraZeneca walaupun sedikit lambat menunjukkan keberkesanan, perlindungan yang mampu diberikan dapat meningkat berdasarkan masa,” kata kajian itu lagi.

“Kajian ini menunjukkan kepentingan untuk mendapatkan suntikan dos kedua vaksin,” kata Setiausaha Kesihatan, Matt Hancock.

Kajian itu dilakukan ke atas responden dari semua kumpulan umur, termasuk 1,054 pesakit yang disahkan menghidap Covid-19 varian daripada India, lapor The Guardian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here