Covid-19: Varian South African B.1.351 mula merebak di Kelantan

0
776
Terdapat 10 kes membabitkan varian itu dari Kluster Bunut Sarang Burung, Tumpat-Gambar Hiasan

KOTA BHARU – Penularan wabak Covid-19 di Kelantan nampaknya semakin membimbangkan apabila Varian South African B.1.351 mula dikesan di kesan semalam.

Terdapat 10 kes membabitkan varian itu dari Kluster Bunut Sarang Burung, Tumpat dan mempunyai kaitan lokasi geografi dan berhubung rapat dengan Kluster Jalan Lima, Selangor.

Perkara berkenaan disahkan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi agensi berkenaan semalam.

Menerusi hantaran berkenaan juga, JKNK juga mendedahkan varian berkenaan turut dikesan diĀ  Perak.

“Selain itu terdapat tujuh kes lain dikesan di Selangor dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes tempatan Covid-19 Varian South African B.1.351 ialah sebanyak 48 kes,” katanya.

Varian South African B.1.351 pertama kali dilaporkan di dunia pada Disember lalu di dua negara iaitu Afrika Selatan dan United Kingdom. Di Malaysia ia mula dikesan pada Mac lalu.

Sejak awal tahun 2021, kewujudan varian tersebut turut dilaporkan oleh negara-negara lain termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Jerman, Australia dan Korea Selatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here