Covid-19: Vietnam temukan varian baharu yang merebak cepat melalui udara

0
574

HANOI – Vietnam melaporkan penemuan Covid-19 dengan varian baharu yang cepat merebak melalui udara.

Menurut Menteri Kesihatan Vietnam, Nguyen Thanh Long, susulan ujian jajaran genom, pihak mereka mendapati varian itu merupakan gabungan antara varian India dan United Kingdom (UK).

“Untuk lebih tepat, varian (baharu) itu merupakan varian India dengan mutasi yang asalnya (hanya) ada pada varian UK,” kata Thanh Long, hari ini, kata Reuters.

Sebelum ini, jangkitan pandemik di negara itu melibatkan tujuh jenis varian iaitu B.1.222, B.1.619, D614G, B.1.1.7 (varian UK), B.1.351, A.23.1 dan B.1.617.2 (varian India).

Setakat hari ini, Vietnam merekodkan sebanyak 6,396 kes jangkitan dengan 47 kematian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here