Demi nyawa, negara perlu total lockdown ketika ini -pakar

0
589
Dr Malina Osman

CYBERJAYA – Langkah kerajaan membenarkan sebahagian daripada sektor terus dibuka sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini menyebabkan ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) sehingga menyebabkan kes mendadak.

Sehubungan itu, pakar kesihatan awam menggesa agar kerajaan melaksanakan (PKP) sepenuhnya atau total lockdown bagi mengurangkan kes kematian yang berpunca daripada virus Covid-19.

Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr Malina Osman berkata, situasi yang dihadapi negara ketika ini sangat membimbangkan kerana apabila kes meningkat, sistem perkhidmatan kesihatan dibebani dengan kes yang meningkat mendadak.

“Pada pandangan saya, kita tidak boleh menunggu lagi untuk beberapa ketika sebelum mengambil keputusan drastik sedemikian kerana data telah menunjukkan peningkatan jangkitan Covid-19 yang konsisten di kebanyakan negeri,” katanya memetik laporan Sinar Harian hari ini.

Tambahnya, beliau juga turut mengesyorkan pintu keluar masuk negara ditutup sementara kecuali pada kes-kes yang melibatkan kepentingan negara.

Mengulas lanjut mengenai isu tersebut, Dr Malina turut mencadangkan beberapa langkah bagi mengurangkan kes kematian akibat Covid-19.

Menurutnya, antara inisiatif yang boleh dilakukan adalah melalui program promosi kesihatan, memberdayakan masyarakat melalui penggunaan alat perlindungan khas serta pengesanan jangkitan dengan lebih awal.

“Nyawa dan kesihatan perlu dipertahankan untuk mengelakkan kadar kematian yang tinggi. Dari segi perubatan, setiap nyawa adalah sangat bernilai,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here