Doktor muda jadi ‘malaikat maut’ di hospital paling terjejas Covid-19 di India

0
286
Rohan Aggarwal merawat pesakit Covid-19.-Photo Reuters

DELHI – Seorang doktor berusia 26 tahun di sini boleh diumpamakan sebagai ‘malaikat maut’ apabila diberi tanggungjawab untuk menentukan pesakit mana yang akan terus hidup dan siapa yang akan mati.

Lebih mengejutkan, Rohan Aggarwal, yang bertugas di salah sebuah hospital terbaik di negara itu merupakan doktor pelatih yang masih belum sempat menamatkan latihan perubatannya.

Beliau merupakan salah seorang daripada ribuan petugas kesihatan yang berperang merawat Covid-19 di negara yang sistem kesihatannya kini sedang di ambang kehancuran.

Di wad merawat Covid-19, Aggarwal perlu membuat keputusan penting untuk memilih nyawa siapa yang bakal berakhir dalam masa 27 jam kerana jumlah kemasukan pesakit yang melonjak pantas.

Beliau menjadi tempat ahli keluarga pesakit merayu dan melutut untuk memastikan nyawa insan tersayang mereka tidak ‘dipisahkan’.

Rohan Aggarwal berdepan dengan kesesakan bilangan pesakit setiap hari.-Photo Reuters

India merekodkan kira-kira 300,000 kes Covid-19 setiap hari sejak dua minggu lalu dengan kesesakan di kebanyakan hospital di negara itu.

Dalam liputan yang disediakan Reuters, Aggarwal berkongsi ketakutan sekiranya dia sendiri dijangkiti wabak maut itu tanpa peluang mendapatkan katil atau kemudahan perubatan.

Aggarwal yang masih tidak divaksin berkata, apa yang berlaku di negaranya itu adalah kesan apabila masyarakat terlalu memandang rendah pada kemampuan Covid-19.

Rohan Aggarwal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here