Double Standard: Gempur sahaja Genting Highlands

0
3123
Aminuddin Yahaya

CYBERJAYA – Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) mahu kerajaan ‘menggempur’ operasi kasino di Genting Highlands dan tidak memberi muka kepada pusat peranginan di Pahang itu beroperasi sewenang-wenangnya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.

Pengerusinya, Aminuddin Yahaya berkata, berita mengenai pusat perjudian itu yang masih beroperasi di kala premis perniagaan lain diarahkan tutup itu jelas membuktikan berlaku double standard.

“Jika kasino sebesar Genting ini boleh beroperasi tanpa segan silu tanpa pengetahuan menteri kanan, maka kita yakin pasti ada kasino-kasino lain yang beroperasi lebih-lebih lagi kasino-kasino ‘underground’.

“Kita harap pihak berkuasa boleh lancarkan operasi untuk menggempur kasino-kasino sebegini,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Kenyataan itu adalah berikutan media melaporkan bahawa Menteri Kanan Keselamatan mengatakan beliau tidak tahu menahu mengenai pembukaan kasino Genting itu.

Aminudin berkata, beberapa hari yang lepas, beliau mengkritik Kementerian Pelancongan yang seolah-olah memberi ‘back-up’ ‘pelancongan judi’ kepada Genting Highlands di mana terdapat banyak kes Covid-19 yang berpunca hasil darinya.

Gambar hiasan.

Soalnya, bagaimana seorang Menteri Kanan tidak tahu kasino gergasi itu beroperasi sedangkan kenyataan Kementerian Pelancongan menyatakan sebaliknya?

“Apakah sekarang ini ada ‘communication breakdown’ yang teruk dalam kerajaan? Sebenarnya, apa yang lebih penting ialah tindakan yang tegas perlu diambil kepada syarikat kasino gergasi itu.

“Kalau tidak ada tindakan tegas, rakyat akan anggap ianya hanya sekadar ‘tutup biasa’ seperti mana-mana premis yang ada kes kontak rapat Covid-19 sahaja, seolah-olah suatu sandiwara,” katanya.

Sementara itu, katanya, rakyat juga tertanya-tanya juga, bagaimana pelanggan di pusat perjudian itu boleh melepasi ‘roadblock’ dan merentas negeri.

“Yang paling penting ialah Kementerian Pelancongan perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku ini kerana merekalah yang beriya-iya (dan laju) ‘back-up’ rombongan pejudi-pejudi ke Genting itu seolah-olah ada udang di sebalik batu.

“Dari rakyat marah dengan ‘double standard’ antara marhaen dan kayangan, akhirnya jadi tahap ‘double standard’ antara MASJID dan KASINO pula,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here