TEL AVIV – Saintis Israel mendapati, dua dos daripada vaksin Covid-19 keluaran Pfizer/BioNTech berkesan sehingga 95 peratus dalam menghalang jangkitan, hospitalisasi dan kematian daripada pandemik itu.

Laporan yang diterbitkan dalam jurnal perubatan The Lancet itu turut menjelaskan, satu dos vaksin Pfizer memberi perlindungan sehingga 58 peratus terhadap jangkitan, 76 peratus daripada hospitalisasi, dan 77 peratus daripada kematian.

Kajian ini adalah berdasarkan demografik Israel yang mempunyai kadar populasi paling tinggi divaksin daripada Covid-19 menggunakan hanya vaksin keluaran Pfizer/BioNTech.

“Dapatan ini menunjukkan kadar penerimaan vaksin yang tinggi boleh membantu menghalang penularan Sars-CoV-2,” kata salah seorang pengkaji tersebut seperti yang dipetik oleh portal The Guardian.

Sementara itu, kata Dr. Sharon Alroy Puries dari Kementerian Kesihatan Israel berkata, setakat ini masih belum ada sebarang dokumentasi berkenaan kesan kempen vaksinasi Covid-19 terhadap situasi kesihatan mana-mana negara lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here