Dua terbunuh manakala seorang tentera Zionis cedera terkena bom mortar

0
1195
Dua orang terbunuh dalam serangan Hamas di sempadan Gaza hari ini

GAZA – Dua orang pekerja terbunuh manakala seorang tentera Zionis serta puluhan lagi penduduk di sempadan Gaza cedera selepas serangan mortar yang dilancarkan oleh Hamas ke wilayah Eshkol, Israel mengenai sasaran.

Memetik laporan media tempatan, dua yang terbunuh itu difahamkan merupakan warganegara Thailand.

Dalam kejadian tengah hari tadi itu juga sekurang-kurangnya 10 penduduk Israel mengalami kecederaan, empat daripadanya cedera parah selepas terkena 50 mortar yang diarahkan ke wilayah Eshkol.

Sementara itu, menurut sumber tentera rejim, askar yang cedera di bahagian atas badan itu kini berada dalam keadaan stabil dan dirawat di Hospital Barzilai.

Menurutnya, serangan itu berlaku ketika unit tentera rejim yang sedang dalam perjalanan untuk ke Tebing Gaza dari Persimpangan Erez diserang menggunakan senjata mortar oleh Hamas.

Sementara itu bandar Ashdod, Ashkelon dan Beersheba di selatan Israel terus dihujani roket dari arah Gaza.

Dalam serangan petang tadi itu sebuah bangunan yang dalam pembinaan di Ashdod rosak teruk akibat dibedil.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here