Eina Azman, suami terima awal vaksin Covid-19 sebab dikategorikan sebagai golongan berisiko tinggi.

0
273
Eina Azman dan suaminya disahkan oleh pihak hospital sebagai golongan berisiko tinggi

CYBERJAYA – Tanda tanya orang ramai tentang kesahihan berita selebriti Datin Paduka Eina Azman dan suaminya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah menerima suntikan vaksin terjawab selepas Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mengesahkan pasangan itu menerima vaksin Covid-19, kelmarin.

Menurut Pengarah HRPB, Dr Abdul Malek Osman, pasangan berkenaan menerima suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) hospital itu atas nasihat doktor pakar yang merawat mereka kerana pesakit dikategorikan sebagai golongan berisiko tinggi.

Menurutnya, PPV hospital berkenaan menerima rujukan pesakit atau pelanggan daripada pelbagai fasiliti kesihatan termasuk luar Perak dan semua pesakit telah menjalani pemeriksaan awal iaitu ‘Pre Vaccination Assesment (PVA)’ yang hanya boleh didapati di klinik-klinik pakar perubatan hospital.

“PPV HRPB hanya memberikan suntikan vaksin kepada pesakit atau pelanggan yang telah dirujuk dan tidak melakukan PVA tersebut di fasiliti PPV hospital ini.

“Pemberian suntikan vaksin untuk fasa kedua telah diberikan keutamaan kepada golongan berusia 60 tahun ke atas dan setiap individu mempunyai komorbiditi serta golongan yang berisiko tinggi.

Tangkap layar Instagram milik Eina Azman selepas menerima vaksin

“Berdasarkan semakan, kelayakan pemberian suntikan vaksin kepada pasangan tersebut adalah berdasarkan kepada rujukan oleh doktor pakar yang telah merawat pasangan ini atas masalah kesihatan dan komorbid yang dihadapi oleh mereka,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, pihaknya mengambil maklum isu tular di beberapa laman media sosial berkaitan seorang artis wanita yang dikenali sebagai Eina Azman bersama pasangannya didakwa telah memotong barisan dan mengambil vaksin Covid-19 di Ipoh.

Semalam, tular di media sosial apabila pasangan itu didakwa memotong barisan
dengan menerima suntikan vaksin di sebuah hospital di Ipoh.

Perkongsian Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 26, bersama placard ‘saya sudah divaksin’ menjadi tular di media sosial sehingga mengundang kecaman warga maya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here