Ejek rakan sekolah, seorang pelajar dibelasah sehingga ‘separuh nyawa’

0
1318
Seorang pelajar dibelasah teruk hanya kerana mengejek rakan sekolahnya

BUKIT BERUNTUNG – Seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di sini cedera teruk selepas dibelasah kerana dikatakan mengejek rakan sekolahnya.

Dalam kejadian pada 4 Mei lalu mangsa berusia 13 tahun itu ditemui dalam keadaan lemah.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, guru sekolah berkenaan memaklumkan kejadian kepada ibu mangsa pada pukul 6.26 petang.

“Sebaik tiba, mangsa dalam keadaan terbaring dengan kecederaan di beberapa bahagian badan.

“Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Selayang dan dimasukkan ke zon kuning untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati mangsa dibelasah dua pelajar perempuan sekolah berkenaan sebelum ditemui.

Kecederaan yang dialami pelajar itu akibat dibelasah

Katanya, punca pergaduhan itu dikatakan kerana mangsa mengejek suspek yang kemudiannya tidak berpuas hati sebelum dibelasah.

“Polis sudah mengenal pasti pelajar yang terbabit dalam kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

“Kertas siasatan akan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut,” katanya.

Terdahulu, tular gambar seorang pelajar perempuan yang terlantar cedera dan diberikan rawatan kecemasan oleh petugas kesihatan.

Gambar tersebut dikongsi dalam lamah Facebook Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dengan tajuk ‘Budak Sekolah Dibantai Separuh Mati’.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here