Empat maut di bawah jejambat SKVE

0
344
Keadaan mangsa yang terlibat dalam kemalangan di KM 30.8 SKVE awal pagi tadi.

CYBERJAYA – Empat maut akibat rentung dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta Mercedes-Benz yang terbakar selepas terjunam dari jejambat Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), awal pagi tadi.

Kejadian yang berlaku pada pukul 1.44 pagi di Kilometer 30.8 itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman dalam kenyataan hari ini.

“Siasatan awal mendapati kereta jenis Mercedes Benz dinaiki empat individu itu dari arah Bandar Saujana Putra menghala ke Banting dipercayai hilang kawalan dan terbabas melanggar pembahagi jalan di sebelah kiri lalu terjunam ke bawah jejambat dan terbakar,” katanya.

“Kes masih dalam siasatan dan saksi bebas telah dapat dikesan namun tiada CCTV di lokasi kejadian,” katanya.

Menurutnya, setakat ini hanya pemandu yang dapat dikenal pasti identitinya manakala tiga lagi penumpang kereta tersebut belum dapat dikenal pasti.

“Pemandu dianggarkan berumur 30-an beralamat di Seri Bunut 42700 Banting, Selangor serta bekerja sendiri.

“Polis sedang mengenal pasti identiti tiga lagi mangsa. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, ” katanya.

Mangsa yang dikeluarkan dari kereta jenis Mercees Benz yang terlibat dalam kemalangan di SKVE awal pagi tadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here