Empat roket dilancarkan dari Lubnan ke utara Israel, tiada kecederaan dilaporkan

0
828
Roket yang dilancarkan oleh pejuang Palestin di Gaza baru-baru ini. Gambar AP

BAITULMAQDIS – Serangan yang dilakukan oleh pejuang Palestin ke atas negara haram, Israel terus memuncak apabila empat roket dilancarkan dari selatan Lubnan lewat malam semalam waktu tempatan.

Memetik laporan Lebanon The Daily Star, bagaimanapun tiada yang maut dalam serangan itu.

Media tersebut yang memetik sumber keselamatan Lubnan berkata, dua roket terjatuh di bahagian negara itu manakala dua lagi disasarkan ke arah bandar utara Israel.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada roket berkenaan dilancarkan dari kem pelarian Palestin di selatan Lubnan atau oleh kumpulan lain.

Dalam pada itu, Tentera Pertahanan Israel (IDF) berkata, tiada kerosakkan dilaporkan berikutan roket tersebut jatuh ke dalam laut Mediterranean yang terletak di bahagian utara Israel.

Menurut IDF, penduduk Israel yang tinggal berhampiran bandar Shlomi mendengar bunyi letupan itu.

Namun begitu, tiada siren amaran dibunyikan di wilayah Israel menurut IDF.

Sementara itu, menurut media tempatan di Lubnan, pihak berkuasa negara itu telah menahan pihak yang dipercayai menjadi dalang dalam serangan itu.

Pihak tentera Lubnan turut memaklumkan menjumpai tiga roket yang disembunyikan di Kem Pelarian Rashidieh Palestin di selatan Lubnan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here