Fenomena gerhana bulan penuh bermula 4.47 petang hingga 9.50 malam ini

0
238
Gambar MYSA

CYBERJAYA – Rakyat Malaysia dijangka dapat menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh atau ‘bulan berdarah’ sekitar pukul 4.47 petang ini dan berakhir kira-kira pukul 9.50 malam.

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) berkata, rakyat Malaysia yang berada di Sabah dan Sarawak berpeluang menyaksikan fenomena tersebut ketika ia mencapai fasa gerhana separa.

Bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung pula katanya, fenomena berkenaan hanya kelihatan ketika fasa gerhana telah maksimum.

Menurut MYSA, fenomena gerhana bulan penuh atau dipanggil Super Flower Blood Moon akan menyebabkan bulan kelihatan berwarna kemerahan selama kira-kira 14 minit pada fasa gerhana penuh.

Info MYSA

“Fenomena Gerhana Bulan pada 26 Mei akan berlaku selepas Bulan berada pada kedudukan yang paling hampir dengan Bumi (perigee) dengan jarak 357,309km.

“Fenomena ini dapat dilihat secara keseluruhan di timur Australia, New Zealand dan Kepulauan Pasifik, termasuk Hawaii.

“Fenomena gerhana bulan penuh ini akan berlaku mulai jam 16:47 (4.47 petang) dan berakhir pada jam 21:50 (9.50 malam) waktu Malaysia. 

“Masyarakat di Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena tersebut ketika ia telah mencapai fasa gerhana separa bagi penduduk di Sabah dan Sarawak manakala bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung, fenomena tersebut hanya kelihatan ketika fasa gerhana telah maksimum,” katanya MYSA dalam kenyataan di laman webnya hari ini.

Menurut MYSA, siarang langsung Gerhana Bulan Penuh “Super Flower Blood Moon” akan diadakan di akaun media sosial Facebook dan Youtube Planetarium Negara pada hari ini. 

“Kemudahan teleskop tidak akan dibuka untuk orang awam di Planetarium Negara kerana situasi negara yang sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Panduan solat sunat khusuf

Dalam pada itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di hantaran laman Facebooknya memaklumkan, gerhana akan mula kelihatan di ufuk timur, selepas terbenamnya Matahari atau selepas Maghrib.

“Seluruh umat Islam disyariat untuk mendirikan solat sunat gerhana bulan (solat sunat Khusuf) selepas solat fardhu maghrib. Jangan lepaskan peluang menyaksikan Gerhana Bulan Penuh ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here