Gaza: Angka korban meningkat kepada 67 orang termasuk 17 kanak-kanak

0
180
Pertempuran tentera Israel dan pejuang Palestin di Pinggir Gaza

BAITULMAQDIS – Angka korban pertempuran tentera Israel dan pejuang Palestin di Pinggir Gaza meningkat kepada 67 orang termasuk 17 orang kanak-kanak.

Sehingga semalam, Hamas mengesahkan pihaknya telah melancarkan 130 roket ke arah Tel Aviv selepas serangan udara Israel memusnahkan kediaman di Gaza.

Menurut laporan The Sun, enam warga Israel termasuk dua kanak-kanak telah terbunuh dalam serangan berkenaan yang disahkan oleh pegawai perubatan mengesahkan.

Dalam laporan berkenaan Perdana Menteri Israel,  Benjamin Netanyahu mengingatkan bahawa Hamas akan membayar harga yang tinggi kerana menyerang Tel Aviv.

Kumpulan Hamas melancarkan serangan balas malam kelmarin setelah blok kediaman 13 tingkat di Semenanjung Gaza runtuh semalam berikutan serangan udara Israel.

Bangunan berkenaan menempatkan pejabat yang digunakan oleh kepemimpinan politik Hamas.

Peningkatan kekerasan ini adalah berikutan keputusan polis Israel menyerbu pekarangan masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis.

Keganasan meletus sejak seminggu lalu dengan ramai rakyat Palestin yang terkena peluru getah, bom tangan dan gas pemedih mata.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here